Monday, June 15, 2009

BOMOH DAN TUKANG SIHIR

CARA BOMOH@TUKANG SIHIR BERSAHABAT DENGAN SYAITAN DAN JIN

Terdapat berbagai cara yang diamalkan oleh bomoh dan tukang sihir untuk mendapatkan khidmat syaitan dan jin dalam perubatan atau untuk melakukan sihir terhadap seseorang.Kaedah yang digunakan adalah berbeza mengikut susur galur perguruan yang diterima oleh seseorang bomoh atau tukang sihir.Apa yang pastinya adalah, untuk melakukan sesuatu perbuatan sihir,bomoh atau tukang sihir tersebut perlu melakukan sesuatu amalan dan upacara tertentu yang bercanggah dengan syariat islam.Antaranya ialah menjadikan mus'haf al-Qur'an sebagai alas kaki untuk masuk ketandas, menulis ayat-ayat suci al-Qur'an dengan najis, menulis ayat-ayat suci al-Qur'an dengan menggunakan darah haid sebagai dakwat, menulis atau mengamalkan sesuatu surah secara terbalik seperti membaca surah al-fatihah dan al-ikhlas secara songsang, solat tanpa wudhuk, tidak mandi hadas, membuat sembelihan tanpa menyebut nama Allah dan bersemah untuk syaitan atau tok keramat, menyembah bintang-bintang, rogol atau sumbang mahram dan ada pula yang menulis mentera-mentera yang tidak diketahui maknanya dengan lafaz-lafaz yang mengandungi unsur-unsur syirik terhadap Allah s.w.t.

Disini kita dapat faham bahawa jin dan syaitan tidak akan membantu para bomoh atau tukang sihir kecuali ada persetujuan kedua-dua pihak dari sudut imbalan.Bomoh dan tukang sihir perlu melakukan sesuatu yang ditegah syarak sebagai imbalan @upah atas kerja yang dibuat oleh golongan jin dan syaitan.Semakin kufur bomoh tersebut maka semakin taatlah syaitan kepadanya.Jika tukang sihir tidak melaksanakan tuntutan syaitan ini maka syaitan tersebut juga tidak akan bersedia untuk menjadi khadamnya.Oleh itu tukang sihir dan syaitan adalah dua sahabat karib dalam melaksanakan sihir.

Jika anda perhatikan dengan mata hati yang ikhlas kepada Allah, maka anda akan dapati dengan jelas wajah kekufuran tukang sihir seperti mendung hitam.

Jika anda kenali tukang sihir dengan lebih dekat maka anda dapati kehidupan mereka amat hina sekali, mereka tidak ada kelapangan jiwa, hidup tidak tentu arah, mereka sentiasa cemas dan tidak tenteram.Disamping sahabat-sahabat mereka dari kalangan syaitan sering mengganggu dan menyakiti anak-anak mereka.

Benarlah firman Allah s.w.t :

124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".

1 comment:

  1. Salam tuan, saya shahrul minta izin untuk mengamalkan doa2 di dalam blog tuan ini

    ReplyDelete