Monday, June 15, 2009

DEFINISI SIHIR

PENGERTIAN SIHIR MENURUT BAHASA ARAB

Telah berkata al-Laith :" sihir ialah amalan untuk mendekatkan diri dengan syaitan dan meminta pertolongannya".

Berkata al-Azhari :"Sihir berasal daripada memesongkan sesuatu dari hakikatnya kepada sesuatu yang lain"

Berkata Ibnu Manzur : " Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal"

Telah meriwayat Syamr daripada Ibnu A'isyah : " Orang-orang arab menamakan sihir itu sihir adalah kerana sihir boleh mengubah kesihatan seseorang daripada sihat kepada sakit"

Berkata Ibnu Faris tentang sihir :" telah berpendapat satu kaum arab bahawa sihir ialah menampakkan sesuatu yang bathil dalam bentuk kebenaran".

Dalam Mu'jam al-Wasith menyebutkan bahawa sihir itu ialah :"sesuatu yang lembut (tersembunyi)"

Telah berkata pengarang Muhith al-Muhith :"sihir ialah menampakkan sesuatu itu dalam bentuk yang baik pada pandangan manusia sehingga menjadi fitnah"

SIHIR MENURUT ISTILAH SYARAK

Telah berkata Fakhruddin al-Razi :"sihir menurut uruf syarak ialah setiap perkara yang tidak di ketahui sebabnya dan pandangan terhadap sesuatu itu tidak seperti hakikatnya ia ialah sesuatu yang mengelirukan dan penipuan."

Telah berkata Ibnu Qudamah al-Maqdisi :"sihir ialah terdiri daripada ikatan (halang dari persetubuhan ), jampi-jampi,ucapan tertentu atau dalam bentuk tulisan, amalan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada orang yang disihir pada hati dan akalnya tanpa menyentuhnya.Sihir boleh membunuh, mendatangkan penyakit, suami tidak boleh menggauli isterinya, berlakunya perceraian, menimbulkan kebencian, menyemarakkan cinta dan syahwat".

Telah berkata Ibnu Qayyim :"Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh yang jahat (jin&syaitan)."


No comments:

Post a Comment